Tazkirah | Peringatan 2


Kau tentang Tuhan dan menampakkan cinta Dia, demi Allah, ini perkara luar biasa. Bila sungguh cintamu benar, tentulah kau taati Dia. Kerana pada setiap kekasih kepada Kekasihnya pastilah setia - Imam Syafi'ie R.A

Apalah artinya kecantikan rupa bila watak dan perilaku telah berubah menjadi rakus, licik, kikir, peniru tanpa pertimbangan dan membuat kerosakan. Mengapa masih banyak orang berlapang hati bahawa yang dikutuk menjadi kera itu orang dulu, padahal dirinya sendiri telah menjadi kera dan babi - Warisan Sang Murabbi, KH Rahmat Abdullah

Sesungguhnya kaum sebelum kamu binasa adalah disebabkan apabila org kenamaan mencuri, mereka tidak laksanakan hukuman keatasnya, tetapi apabila org yg lemah mencuri(rakyat biasa) mereka laksanakan hukuman had keatasnya. Demi Allah, sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya aku potong tangannya - Al-Hadis

Dan ada diantara sikap manusia yg menyembah Allah dgn sikap dan pendirian yg tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dgn keadaan itu, dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dgn sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yg terang nyata. -(Al-Hajj : 11)


Jangan lihat hidup dari fenomena-fenomena, lihatlah dari hakekat. kecuali keresahan hati dan kekakuan sikap yang tak pandai kau cairkan, selebihnya adalah senandung nasib yang kau boleh rintihkan bagi zaman sesudahmu atau jadikan itu sebagai khazanah doa yang akan kau panen(tuai) di hari esok - KH Rahmat Abdullah


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...