Tazkirah | Peringatan 1


Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkah laku dan akal budinya – (Hamka)

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya – (Hamka)


Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu kerana hendak menandingi ulama dan bermegah kepada orang bodoh, hendaklah ia menyediakan tempatnya di dalam neraka - Al-Hikmah


‎"Mana-mana wanita yang berwangian dan kemudian lalu di khalayak lelaki bagi menarik lelaki dengan wangiannya, maka ia adalah seperti wanita penzina, dan setiap mata (lelaki) yang (tertarik lalu) memandangkan adalah mata yang berzina" - (Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi dan Albani : Hasan Sohih)


Kita tidak akan terlepas dari Al-Quran, sama ada ia menjadi hujah buat kita, atau hujah keatas kita! - Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...