Syair Arab 4


لكل مقال مقام و لكل مقام مقال
“Setiap ucapan ada tempatnya dan setiap tempat ada ucapannya tersendiri.”

لاَ يَحْمُدُ السَّيْفُ كُلَّ مَنْ حَمَلَهُ

Pedang itu tidak memuji setiap orang yang membawanya

وَمَنْ يَكُ ذَا فَمٍ مُرٍّ مَرِيْضٍ يَجِدُ مَرًّا بِهِ المَاءَ الزُّلالا

Barangsiapa yang merasa sakit mulutnya
Niscaya air yang tawar akan terasa pahit baginya

أَعَاذَكَ اللَّه مِنْ سِهَامِهِم وَمُخْطِئٌ مَنْ رَمِيُّهُ القَمَرُ

Semoga Alloh melindungi dari bidikan anak panah mereka
Sungguh naïf orang yang membidikkan anak panahnya ke bulan

رَسْمِ دَارٍ وَقَفْتُ فِي طِلَلِهِ كِدْتُ أَقْضِي الحَيَاةَ مِنْ جَلَلِهِ

Telah berapa banyak bekas-bekas rumah yang aku telah berhenti pada bekas reruntuhannya
Yang hampir saja umurku kuhabiskan untuk itu

Kata Bijak | Mutiara 1


Marah itu mudah. Tapi marah kepada siapa, dengan kadar kemarahan yang tulen, pada saat dan tujuan yang tepat, serta dengan cara yang benar itu yang sulit.
- (Aristoteles)

Jangan pernah melupakan apa pun yang dikatakan seseorang ketika ia marah, kerana akan seperti itu pulalah perlakuannya pada Anda.
- (Henry Ward Beecher)

Pendidikan mempunyai akar yang pahit, tapi buahnya manis.
- (Aristoteles)


Orang yang menginginkan impiannya menjadi kenyataan, harus menjaga diri agar tidak tertidur.
- (Richard Wheeler)

Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang yang paling takut pada perubahan.
- (Mignon McLaughlin)

Motivation 3


‎"In these times you have to be an optimist to open your eyes when you awake in the morning."
- Carl Sandburg

"Cheerfulness keeps up a kind of daylight in the mind, filling it with a steady and perpetual serenity."
- Joseph Addison.

‎"Kindness is the language which the deaf can hear and the blind can see."
- Mark Twain.

‎"Life belongs to the living, and he who lives must be prepared for changes."
- Johann von Goethe.

‎"The gem cannot be polished without friction, nor man perfected without trials."
- Confucius.

Cinta | Persahabatan 3


Jika kau pendam cinta yang ingin kau nyatakan. Teriaklah seperit seorang pencinta. Tapi jika nafsu membelenggu, jangan kau nyatakan pada cinta sesuatu.
- Rumi

‎"Cinta adalah satu--satunya bunga yang tumbuh dan berkembang tanpa mengenal musim"
- K Gibran

‎"Suami-Isteri, bagai selembar daun sirih. Boleh jadi permukaannya berbeda, namun apabila digigit, rasanya sama"
- Pepatah Jawa

‎"Tidak ada makhluk yg lebih perkasa, selain suami-isteri yang telah saling melebur dalam satu hati dan rasa" - Homer

‎"Cinta dapat menyembuhkan manusia, baik yang mencintai maupun yang dicintai"
- Karl Menninger

Cinta | Persahabatan 2


bila cinta adalah nafas
aku ingin hidup seabad

bila cinta adalah keindahan
aku ingin selalu memandangmu

bila cinta adalah luka
aku takkan pernah peduli betapa sakitnya

aku ingin terus mencintaimu
tak pernah peduli seberapapun pahitnya

bila cinta adalah air mata
aku akan tetap tersenyum
agar kamu tahu
aku begitu tulus menyayangimu…..

Syair Arab 3


و من جعل غراب له دليل * يمربه علي جيف الكلاب


“Barangsiapa yang menjadikan burung gagak sebagai dalil
Maka ia akan membawanya melewati bangkai-bangkai anjing”



إذا ما الأصل ألفي غير زاك فما تزكو مدى الدهر الفروع


Apabila asasnya tidak kuat
Maka cabangnya pun akan demikian sepanjang masa


و كم من عائب قولا صحيحا و آفته من الفهم السقيم


Berapa banyak orang yang mencela ucapan yang benar?
Sebabnya karena pemahaman yang salah/buruk


والحق منصور وممتحن فلا تعجب فهذي سنة الرحمن


Kebenaran itu akan menang dan mendapat ujian,
maka janganlah hairan, sebab ini adalah sunnah ar-Rahman (sunnatullah).


وإذا لم تر الهلال فسلم لأناس رأوه بالأبصار


Apabila engkau tidak melihat bulan sabit maka serahkanlah
Kepada manusia yang melihatnya dengan mata kepala

Sosial | Kenegaraan 1


Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti
Hukama

Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya
Confucius

Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara
Abraham Lincoln

Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan
Andre Colin

Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka
Soekarno

Tazkirah | Peringatan 3


Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya.
Yusuf Al-Qardhawi

”Ingatlah olehmu dua perkara, iaitu kesalahanmu kepada orang lain dan kebaikan orang lain kepadamu. Lupakan dua perkara, iaitu kebaikanmu pada orang lain dan kesalahan orang lain kepadamu.”
Ahli Hikmah

Di dalam medan hidup,ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan.Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh,dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi. Hamka.

Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya.
Maksud hadis.

Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati.
Imam Al-Ghazali.

Haraki 4


Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah, gementarlah hati mereka,dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka (kerananya) dan kepada Tuhannya-lah mereka bertawakkal.” (Al-Anfaal:2)

Orang yang tidak pernah dibakar panas mentari, mustahil menghargai rimbun berteduh - Ustaz Hasrizal Jamil, saifulislam.com

Kita menghendaki pemerintahan Islam yg membawa rakyatnya ke masjid, kemudian membimbing manusia dalam petunjuk Islam sebagaimana Islam menjadi petunjuk bagi para Sahabat Rasululllah SAW dimasa dahulu. Oleh kerana itu kita tidak mengakui sistem pemerintahan yg tidak ditegakkan diatas landasa Islam dan tidak bersumber darinya. - Hassan Al-Banna

Ketahuilah olehmu bahawa utk mencapai kematian yg mulia itu, kamu terpaksa mengorbankan kesenangan dunia ini, maka Allah akan memberikan (syahid) kepadamu, jika sekiranya kamu merebut kemuliaan syahid di jalanNya - Hassan Al-Banna

Tarbiyah mengajar kita untuk bisa memahami Islam sebagaimana Rasulullah dan para sahabatnya juga memahami Islam. Selayaknya tarbiyah bukanlah datang dari salah satu golongan saja, kerana sejatinya Islam adalah tarbiyah itu sendiri. Islam mendidik manusia untuk keluar dari kegelapan menuju cahaya, dari penyembahan kepada sesama manusia menuju penyembahan hanya kepada Allah. - Partai Keadilan Sejahtera

Cinta dan Persahabatan 1


Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.

Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...