Haraki 2



Ikhlas & tauhid merupakan pohon hati, cabangnya adalah amalan, buahnya adalah kebahagiaan hidup di dunia dan kenikmatan abadi di akhirat kelak. Sebagaimana buah syurga itu tidak akan habis dan tidak akan terhalang, begitu pula dengan buah dari tauhid di dunia ini. - Warisan Sang Murabbi, KH Rahmat Abdullah

Istiqamah, ia adalah gerak kental yang tak kenal henti. Ia adalah keteguhan tak kenal menyerah. ia adalah bukti kejujuran pengakuan siapa pun yang mengaku bertuhan Allah - Warisan Sang Murabbi, KH Rahmat Abdullah

Perjuangan dirancang oleh orang alim, dilaksanakan oleh orang ikhlas, dimenangkan oleh orang yang berani, dan DINIKMATI oleh orang PENGECUT - KH Rahmat Abdullah


Sesungguhnya kefahamanmu tentang perjuangan di peringkat kamu menamatkan pengajian di peringkat siswazah tidak cukup untuk mengekalkan dirimu di landasan ini. Jika engkau meninggalkan usrah, diskusi, materi dan kelompok rakan, engkau hampir pasti akan beralih arah sedekad selepas engkau pernah menabur janji. Al-Fahmu hanya valid untuk 5 tahun. Ia perlu dikemaskini dari semasa ke semasa - Ustaz Hasrizal Abdul Jamil


Perjuangan dan keikhlasan niat kerana Allah tidak boleh sedetikpun renggang untuk memastikan kita berada dijalan yang betul. Bila niat tidak murni untuk Allah rugilah perjuangan dan sia-sialah umur yang dihabiskan. Justeru bersihkanlah hati kita hanya untuk Allah dalam apa jua kerja yang dilakukan - Ustaz Suaid Din, Ketua Dewan Ulama Pas Perak 2009-2010.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...